Sejarah Pengawal luncur

Kawalan kelajuan menggunakan pengawal imbang emparan mula digunakan pada kereta seawal tahun 1910an, terutamanya oleh Peerless. Peerless mengiklankan bahawa sistem mereka mampu "mengekalkan kelajuan tidak kira semasa mendaki atau menuruni bukit". Teknologi tersebut dicipta oleh James Watt dan Matthew Boulton pada tahun 1788 untuk mengawal kelajuan enjin wap mereka. Pengawal impang melaras kedudukan pendikit apabila kelajuan enjin berubah mengikut beban yang berbeza.

Pengawal luncur moden dicipta pada tahun 1945 oleh seorang perekacipta dan jurutera yang buta bernama Ralph Teetor. Idealnya lahir hasil rungutannya mengenai kereta yang dipandu oleh peguamnya yang menambah dan menurunkan kelajuan semasa dia berbual. Kereta pertama yang dilengkapi sistem ciptaan Teetor ialah Chrysler Imperial pada tahun 1958. Sistem ini mengira kelajuan atas tanah berdasarkan putaran aci pacu serta menggunakan solenoid untuk mengawal kedudukan pendikit jika diperlukan.